Monday 28 November 2011

kemahiran

guna kemahiran berfikir,
sebelum guna kemahiran bersuara,
sebelum guna kemahiran bertinta.

tinggal

kau tinggalkan satu waktu solat,
mungkin azabnya bukan di dunia.

kau meng-azab diri nanti di akhirat.
Takut dan Percaya buah keimanan.

pejuang penjara

aku gelar untuk mereka yang,
ditahan tanpa bicara,
yang sudah,masih dan akan,
terus berjuang

zaman berzaman,terbukti penjara itu antara sekolah kehidupan.
pra-gemilang.

sayang

sayang sekali,
remaja di belah yang sana,
bermati-mati menghadapi revolusi

sayang sekali,
remaja di sini,
bermati-mati mengejar yang tak pasti

sayang sekali.bukan seribu kali.

hanya dengan

kau fikir sekadar yang wajib mampu bantu kau,
tempuhi jambatan itu.

senipis tujuh belahan sehelai rambut.

mampukah?

akhirnya,hanya tiga noktah.

rileklah

tenanglah.
percaya saja pada Tuhan.
Dia tahu setiap selok hidupmu.

jangan terus mahu bunuh diri.

dalil mereka

aku hairan dengan dunia.
dan dengan isinya.

kita diberi kuasa memilih pada hidup, warnanya.
hanya dua yang pasti,hitam dan putih.
kelabu itu menipu.kelabu itu kabur.

tapi bagaimana kita nak tahu,
warna hitam kita adalah sama,
warna putih kita adalah sama,
warna kelabu kita adalah warna penipu yang sama. ?

akhirnya,tiga noktah.

orang kata

orang kata,
aku gila.berkata-kata pada yang tidak menadah telinga.

aku kata,
pedulikan.

jangankan negara...

jangankan negara ingin kau tegakkan,
dengan keadilan,kesepakatan dan kesederhanaan,

jika diri kau bagai tasik di pedalaman,
luarannya tenang,
hakikatnya kacau bilau.

akhirnya,tiga noktah.

entah siapa

kita hanya mula lahir sebagai tiada siapa. 'nobody'.
membesar dan membentuk hidup menjadi seseorang. 'somebody'