Tuesday 11 December 2012

Musim

Hari ini, air mata mengalir,
Esok, dekah-dekah ketawa.

Hari ini, tekad kuat menahan lapar menghulur sumbangan,
Esok, seperti sungai mengalir wang keluar di pusat-pusat keseronokan.

Prihatin kita, bermusim.
Kasihan kita, bermusim.
Cakna kita, bermusim.

Hari ini, musim prihatin,
Hari esok, bukan lagi.

Derita mereka, setiap masa.


Thursday 17 May 2012

belajar putus asa

Belajar putus asa,
dalam mengejar cinta yang tak pasti entah apa hujungnya.

Belajar putus asa,
dalam mengejar kejayaan membuat jenayah.

Belajarlah berputus asa.

Monday 12 December 2011

peluru

Seringgit yang aku bagi pada syarikat itu,
adalah untuk membuat peluru,
ya,
tapi peluru yang tak kena,
peluru yang tak membunuh kanak-kanak di sana.

Seringgit yang aku bagi pada syarikat itu,
adalah untuk memberi makan pada askar-askar yang membunuh di sana,
ya,
tapi makanan yang tak berkhasiat,
makanan yang menyakit dan menyakat.

maaf,semua sebagai alasan. :(

Monday 5 December 2011

hati bila

hati bila,
rindu,
tak keruan.

hati bila,
sudah termilik,
tidak tentu arah.

jadi,akal yang memandunya.
akhirnya nanti,entah-entah tiga noktah.

bersih

dakwalah apa saja,
yang bersih tetap gigih,
yang kotor tetap luntur.

dakwalah apa saja,
yang muda kian renta,
yang renta tidak berselipar.

bersih tetap bersih.
bubuh saja nombor apapun di belakang nya.hatta tiga titik kosong.
3.0 .

berlaga

ayuh turun berlaga,
satu lawan satu,
tanpa cerca tanpa main tipu,
tanpa rajuk tanpa pulang pada ibu,

ayuh satu lawan satu,
berpadu tenaga melihat siapa juara.

dalam pilihanraya.

pedulikan kau winnable atau tidak.

Monday 28 November 2011

kemahiran

guna kemahiran berfikir,
sebelum guna kemahiran bersuara,
sebelum guna kemahiran bertinta.